Disediakan oleh
Kluang Today
10:58:00 PG
-
0
Ulasan
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan bahawa dirinya tidak akan sesekali meninggalkan Umno walau sudah melepaskan kesemua kedudukanya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini.
Jelas Khairul Anwar lagi, beliau tidak akan sesekali meninggalkan Umno atau menyertai parti lain kerana parti keramat orang Melayu itu telah banyak membuat jasa dan memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.
Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia dibuat atas kapasiti peribadi dan bukanya didesak oleh mana-mana pihak.
Menurutnya lagi, surat perletakan semua jawatanya akan dihantar pada 11 Julai depan dan berkuat kuasa serta merta. Tambahnya lagi, sebelum sampai tempoh masa tersebut beliau masih kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.
Dalam pada masa yang sama, Pengurusi SukaGuam itu turut melahirkan kesyukuran setelah keputusanya untuk melepaskan kesemua jawatan dalam parti itu diterima baik oleh ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang.
Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. Beliau dilaporkan berkata, keputusan diambil selepas mendapat restu dari ibu serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.