Terkini

Ahad, 28 Jun 2015

ADUN Pelabuhan Klang Desak Azmin Ali Letak Jawatan

Khalid-Ibrahim-KluangToday
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi mengulangi desakanya supaya Mohamed Azmin Ali berundur sebagai menteri besar Selangor.

Desakan tersebut dibuat kerana bekas Menteri Besar Selangor itu merasa sangat kecewa dengan sikap kerajaan pimpinan Azmin Ali dilihat tidak mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

Tegas Khalid lagi, keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini.

Baru-baru ini Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk kembali mengetuai pentadbiran Selangor jika mendapat kepercayaan walaupun dengan majoriti mudah.

Keputusan untuk kembali mengetuai pentadbiran kerajaan negeri terpaksa dibuat setelah beliau melihat kebimbangan berhubung kemungkinan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) membatalkan perjanjian dengan entiti milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Sebelum ini Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd berkata pihak mereka akan memulakan semula tindakan undang-undang yang tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula industri air Selangor.

Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac, 2015.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.