Disediakan oleh
Unknown
3:37:00 PTG
-
0
Ulasan
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata kumpulan lanun yang merampas kapal tangki minyak MT Orkim Harmony sudah melarikan diri.
Jelasnya lagi, perampas berjaya melarikan diri dengan menaiki bot penyelamat kapal dan kesemua 22 anak kapal ditinggalkan dalam keadaan selamat.
Sementara itu Bernama melaporkan bahawa kesemua anak kapal berkenaan berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan TLDM dengan perampas kapal berkenaan.
Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.
"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.