Disediakan oleh
Unknown
7:23:00 PG
-
0
Ulasan
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan kepada media semalam bertegas bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan terus menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun presiden pasukan itu meminta agar pemainnya tidak lagi diambil mewakili negara dalam perlawanan akan datang.
Hamidin menganggap permintaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ismail itu sebagai satu pandangan peribadi dan ia bukan satu-satunya 'pintu keluar' kepada kemelut yang sedang melanda pasukan bola sepak negara.
Setiausaha Agung FAM itu juga turut berpandangan, jurulatih pasukan kebangasaan, Dollah Salleh tetap akan memilih pemain-pemain terbaik dari Johor untuk masa akan datang sekiranya mereka berkeinginan untuk beraksi mewakili negara dalam perlawanan bola sepak.
Menurut Hamidin lagi, FAM tidak pernah menetapkan standard tertentu dalam pemilihan pemian yang akan mewakili Malaysia. Jelasnya lagi, kritikan terhadap mutu bola sepak negara sejak akhir-akhir ini hanyalah pandangan pribadi dari peminat bukan dari FAM sendiri.
Beliau menegaskan, untuk perlawanan akan datang, mana-mana pemain yang dipanggil oleh jurulatih atau FAM perlu menghadirkan diri kerana mereka tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan.
Baru-baru ini, Tunku Ismail melalui laman sosial, Facebook rasmi Johor Southern Tigers telah mendakwa terdapat pihak tertentu menyalahkan para pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk. Dalam kenyataanya yang sama juga, TMJ turut menasihatkan pengurusan pasukan kebangsaan, tidak lagi menggunakan pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang, sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain.
Pada Selasa lalu, skuad Harimau Malaya dimalukan 0-6 oleh Palestin dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut dilaporkan, enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan beraksi pada perlawanan itu. Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.