Disediakan oleh
Unknown
10:24:00 PTG
-
0
Ulasan
Menurut data Jabatan Insolvensi, seramai 24,953 orang berusia 35 ke bawah diisytiharkan muflis sejak 2010.
Sebanyak 107,306 kes kebankrapan direkodkan antara Januari dan April tahun ini, dengan 948 orang adalah mereka berusia 35 ke bawah. Berdasarkan Akta Kebankrapan menyatakan bahawa seseorang itu boleh diisytiharkan muflis sekiranya dia gagal melunaskan hutang minimum RM30,000.
Punca utama generasi Y terjebak dengan kebankrapan adalah kerana tidak berupaya untuk membayar pinjaman kereta, rumah dan peribadi atau menjadi penjamin kepada peminjam lain.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (Fomca) menggesa supaya dasar kewangan pendidikan perlu diwujudkan bagi menangani masalah kebankrapan di kalangan golongan muda.
Setiausaha Agung Fomca, Paul Selvaraj menegaskan bahawa masalah yang dihadapi oleh golongan muda ini yang juga merupakan golongan pekerja, jika tidak ditangani dengan pantas dan bekesan ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada negara pada masa hadapan.
Jelasnya lagi, berdasarkan tinjauan yang dilakukan Fomca terhadap 1,000 responden pada 2013, 37 peratus golonga muda Malaysia hidup di luar kemampuan mereka mankala 47 peratus menggunakan lebih dua pertiga daripada pendapatan bulanan mereka untuk membayar hutang.
Dalam pada masa yang sama, kenaikan kos sara hidup, kenaikan pendapatan secara sederhana dan simpanan persaraan rendah dijangka akan memburukkan lagi keadaan sekiranya isu tersebut tidak ditangani segera.
Pada masa hadapan, Fomca dilaporkan akan menambahkan lagi program kesedaran dengan menerbitkan majalah bulanan iaitu Ringgit dan program-program lain yang diperuntukkan di bawah Bank Negara untuk membantu menangani masalah kebankrapan yang semakin meningkat. Satu kaji selidik turut dijalankan untuk mengukur sejauh mana tahap masalah itu.
Antara yang terlibat dalam kaji selidik itu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), badan bukan kerajaan (NGO), institusi kewangan dan syarikat insurans.
AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara pada 2006 untuk menyediakan khidmat kaunseling, pengurusan hutang dan pendidikan kewangan bagi membantu individu untuk mengawal perihal kewangan mereka.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.