Disediakan oleh
Unknown
9:42:00 PTG
-
0
Ulasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) berkata, Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap beberapa buah portal berita pro Pembangkang (PR) seperti Sarawak Report, The Malaysian Insider (TMI) mengenai penyebaran emel yang mengandungi maklumat palsu yang melibatkan perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd.
Jelas Perdana Menteri lagi, kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan menyalurkan segela maklumat yang diperolehi kepada polis Malaysia setelah siasatan selesai sedikit masa lagi.
Beliau turut menegaskan sekiranya terdapat bukti kukuh penglibatan pihak tertentu dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah ke atas 1MDB yang akan dikemukan oleh kerajaan Thailand, satu keputusan dan tindakan sewajarnya akan diambil termasuk tindakan saman terhadap pihak yang terlibat.
Baru-baru ini, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan polis Thailand telah menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo dan mendakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.
Keputusan siasatan awal pihak berkuasa Thailand mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat palsu kepada Sarawak Report dan beberapa individu paling berpengaruh di Malaysia yang masih dirahsiakan namanya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.