Disediakan oleh
Unknown
12:04:00 PG
-
0
Ulasan
Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah memutuskan bahawa tiada kenaikan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2015.
Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), pengekalan tarif elektrik di dalam tempoh semakan ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) itu dibuat selaras dengan langkah rasionalisasi subsidi tenaga oleh kerajaan.
Keputusan ini meliputi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif terakhir pada 1 Januari 2014.
Pada masa yang sama, harga gas asli berpaip di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak RM1.50/MMBtu iaitu daripada RM15.20/MMBtu kepada RM16.70/MMBtu berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015.
Jelas KeTTHA lagi,kenaikan harga bahan api ini tidak akan memberi kesan ke atas tarif elektrik dan pemberian rebat ini dapat diteruskan dengan adanya penjimatan ICPT bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 sebanyak RM1.085.67 juta.
Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, keputusan adalah untuk mengekalkan subsidi tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj bagi semua kategori pengguna kecuali pengguna domestik dalam lingkungan penggunaan 300/kWj dan ke bawah yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif elektrik terakhir pada 1 Januari 2014.
Mekanisme ICPT tidak dilaksanakan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan pemberian subsidi bahan api dan subsidi sokongan tarif elektrik yang dianggarkan berjumlah RM685 juta bagi tahun ini bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikekalkan.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.