Disediakan oleh
Unknown
10:58:00 PTG
-
3
Ulasan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataanya kepada media hari ini memberitahu bahawa Kerajaan akan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor perkerjaan dalam negara.
Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.
"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jelasnya lagi, inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang.
Ahmad Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.
Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.
isu pati skrg tak selesai lagi ni tambah masalah baru.nanti dap cakap bn impot pengundi hantu utk pru 14.entahlah apa nak jadi malaysia.pekerja asing lebih ramai dari penduduk asal.PI MAI PI MAI TANG 2.
BalasPadamMantri serupa mcm tikus baikilabu...majikan mana agaknya dah bayar dia utk buat keputusan tu ...kata nak jadi negara maju..guna teknologi moden ..tup2 guna buruh murah pulak..atau saja nak alihkan perhatian dari kes 1 mdb..
BalasPadamSembang je lah..bila disuruh kerja dalam sektor perladangan tak mahu..konon tak standard..puii
Padam