Terkini

Khamis, 25 Jun 2015

NGO Jaringan Cina Malaysia Buat Laporan Polis Terhadap TMI Dan The Edge

Ng-Lum-Yong-1MDBPresiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Ng Lum Yong dilaporkan telah membuat satu aduan polis terhadap dua buah portal berita pro Pakatan Pembangkang iaitu The Malaysian Insider (TMI) dan The Edge berhubung isu penyebaran maklumat palsu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Dalam laporan polis yang dibuat, Ng Lum Yong berkata tidakan kedua-dua portal tersebut sangat merbahaya kerana fitnah jahat terhadap 1MDB yang disebarkan itu boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat yang ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku pada entiti kerajaan tersebut.

Menurut Ng lagi, penggunaan maklumat palsu berhubung 1MDB yang diperolehi daripada bekas kakitangan PetroSudi International telah menimbulkan banyak isu dan salah faham serta tempiasnya turut dirasai oleh pasaran saham negara.

Memetik laporan Rakyatnews, bekas pengasas parti KeAdilan dan Reformasi98 itu turut menggesa pihak polis segera membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua portal pro Pembangkang tersebut bagi menghalang fitnah-fitnah yang dilempar dari tersebar sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan mendatangkan ancaman kepada negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini, Presiden JCM itu turut menjelaskan bahawa ia bukan kali pertama tetapi sudah banyak kali penyebaran fakta yang salah oleh kedua-dua portal itu namun tiada sebarang tindakan diambil.

Dalam pada masa yang sama, Ng juga mengingatkan seluruh pengamal media supaya tidak melanggar etika kewartawan dengan menyebarkan berita palsu untuk mempengaruhi pembaca dan memenuhi kehendak pihak tertentu. Sebaliknya sebagai media yang bertanggunjawab sentiasa akan melaporkan dengan fakta yang tetapt dan jelas.

Terdahulu, seorang bekas pekerja PetroSaudi International ditahan di Thailand pada Isnin kerana didakwa membocorkan maklumat berkaitan 1MDB.

Xavier Justo, yang merupakan bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) syarikat itu ditahan di kediamannya di Thailand dan didakwa kerana cuba memeras ugut dan melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.