Terkini

Rabu, 24 Jun 2015

Ada Pihak Mula Kepanasan Dengan Penangkapan Xavier Jusco

rafizi-tony-1mdb1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan awal ke atas bekas kakitangan PetroSaudi yang ditahan kerana cubaan peras ugut berkaitan e-mel maklumat milik PetroSaudi menunjukkan sebahagian daripada e-mel yang dibocorkan itu telah dipinda.

Jelas 1MDB lagi, pihaknya yakin dan percaya pihak berkuasa akan menyiasat secara terperinci, mengumpul fakta dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Turut 1MDB berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka berhubung perkara ini.

Terdahulu, seorang bekas pekerja PetroSaudi International ditahan di Thailand pada Isnin kerana didakwa membocorkan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Xavier Jusco, yang merupakan bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) syarikat itu ditahan di kediamannya di Thailand dan didakwa kerana cuba memeras ugut dan melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.

Bahagian Penindasan Jenayah, Polis Diraja Thailand dilaporkan telah membuat rampasan beberapa komputer, pemacu keras dan bukti-bukti lain dari kediaman Justo selepas mendapat waran geledah daripada pihak mahkamah.

PetroSaudi berkata, ia sedang meneliti tindakan undang-undang selanjutnya dalam pendakwaan berhubung tindakan Jusco.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.