Disediakan oleh
Unknown
10:49:00 PTG
-
0
Ulasan
Setelah sekian lama menyepi, Tasha Shilla hari ini mengambil jalan selamat dengan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung penyebaran gambar separuh telanjang yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.
Dalam satu kenyataanya kepada media ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Air Asia di sebuah hotel terkenal hari ini, memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Bagaimanapun, Tahsa enggan mengulas lanjut kandungan laporan polis yang dibuatnya pada 9 Jun lalu dan membiarkan pihak polis melakukan sisasatan memandangkan kontroversi tersebut sudah menjadi kes jenayah.
Menjawab pertanyaan wartawan kenapa dirinya menyepi dan mendiamkan diri selepas penyebaran gambar separuh yang didakwa miliknya itu menjadi viral, Tasha menjelaskan bahawa dirinya berhak untuk berdiam diri untuk menenangkan keadaan dan hatinya.
Dalam pada masa yang sama, Tasha mengakui sangat kecewa dengan kes berkenaan kerana kontroversi tersebut telah menjatuhkan maruahnya sebagai wanita namun tetap tabah menghadapi dugaan dan menganggap ia sebagai ujian Allah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.