Terkini

Selasa, 16 Jun 2015

Ribuan Rakyat Johor Bersolidariti Bersama TMJ

tmj-rakyat-johor

Ribuan rakyat Johor hari ini dilaporkan berhimpun secara aman di pekarangan Istana Bukit Serene bagi menunjukkan sokongan padu terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Himpunan yang turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk mendesak agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya memohon maaf secara terbuka kepada Tunku Ismail kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat kasar terhadap Tunku Mahkota Johor.

Dalam pada masa yang sama, rakyat Johor yang hadir di perhimpunan tersebut juga turut menggesa wakil rakyat Padang Rengas, Perak supaya meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadapa terhadap institusi Diraja.

johor-solidariti-tmj

Menurut Ketua Penerangan dan Tindakan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Johor (Gabung), Abullah Md Yusof  berkata, rakyat negeri ini yang sentiasa taat kepada kepada Kesultanan Johor amat kecewa dengan tindakan Mohamed Nazri.

Satu memorandum bagi mengecam kenyataan biadap Nazri telah diserahkan petang tadi  kepada pegawai istana selepas mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Semalam, dalam satu kenyataan medianya, Mohamed Nazri menegaskan tegurannya terhadap Tunku Ismail bertujuan untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.