Disediakan oleh
Unknown
11:00:00 PTG
-
0
Ulasan
KLUANG - Lebih 300 ahli Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (Kopketa) menerima ganjaran iaitu geran rumah di kawasan perumahan awam di Taman Seri Impian sebagai tanda taat setia ahli dengan koperasi tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday berkata, hasil usaha Kopketa selama 43 tahun telah membuahkan hasil kerana berjaya memanfaatkan tanah yang dikurniakan sehingga mampu memberikan pulangan kepada ahlinya.
Beliau berkata, Kopketa kini lebih matang dan kompetitif dalam menentukan hala tuju gerakan koperasi selaras dengan kehendak Akta dan Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi.
“Jika dahulu Kopketa menjadikan ladang kelapa sawit sebagai aktiviti utama, koperasi ini menyertai pembangunan hartanah dengan usaha sama syarikat pemaju perumahan Matrix Concepts Sdn Bhd di mana sekarang hampir 80 peratus kawasan telah dibangunkan dengan jayanya di Taman Seri Impian dan kini telah menjadi sebuah bandar.
“Kini dengan jumlah saham anggota melebihi lima juta dan aset melebihi RM32 juta, maka tidak hairanlah Kopketa tersenarai di tangga yang ke 36 daripada indeks 100 senarai koperasi terbaik dalam negara," katanya.
Dia berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Geran Rumah Anggota dan Perasmian Mesyuarat Agung Kopketa di Hotel Prime City, di sini, semalam.
Md Jais yang mewakili Menteri Besar Johor berkata, Kopketa bukan sahaja terlibat dalam bidang mencari keuntungan semata-mata malah, turut menjaga kebajikan ahli-ahlinya terutama warga emas yang diberi wang bagi meringankan beban sebanyak RM100 sebulan bagi golongan yang berusia 70 tahun ke atas.
Katanya, Kopketa turut memberikan bantuan rawatan perubatan, wang kebajikan bermalam di hospital, alat kesihatan, sumbangan khairat secara percuma serta bantuan untuk mengerjakan haji serta umrah.
“Apa yang dilakukan Kopketa perlu dicontohi koperasi lain dan mungkin Kopleta boleh berkongsi rahsia kejayaan mereka ini dengan koperasi-koperasi yang lebih muda usianya.
“Ini penting kerana tidak banyak koperasi ditubuhkan mampu untuk kekal lama dan cemerlang selepas berdepan pelbagai cabaran,” katanya.
Md Jais turut menasihatkan ahli-ahli Kopketa agar menguasai kemahiran teknologi maklumat sebaik mungkin, kerana ia menjadi platform dalam meningkatkan produktiviti perniagaan yang diceburi.
“Saya ingin berpesan supaya Kopketa sentiasa peka dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku khususnya di dalam sektor ekonomi Johor. Mana-mana perkembangan yang boleh diterjemahkan sebagai peluang hendaklah direbut dengan segala kekuatan yang ada,” katanya.
Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Johor, Muriddan Elias; Pengerusi Eksekutif Matrix Concepts Sdn Bhd, Datuk Lee Tian Hock dan Pengerusi Kopketa, Zainudin Mohamed.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.