Disediakan oleh
Unknown
12:02:00 PG
-
0
Ulasan
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menzahirkan kekesalnya terhadap kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini berhubung isu 1MDB.
Menurut ahli Parlimen Rembau itu, kenyataan yang dilemparkan oleh TMJ perlu disokong dengan penjelasan. Khairy turut menegaskan bahawa TMJ tidak sepatutnya membuat kenyataan umum mengenai Perdana Menteri tanpa memberi sebarang butiran lanjut.
Menantu kepada Tun Abdullah itu turut menggesa kedua-dua pihak yang sedang berkonfrontasi segera menyelesaikan ketegangan yang berlaku agar ia tidak terus berpanjangan.
Katanya lagi, adalah kurang bijak dan tidak manis untuk seorang kerabat diraja dan menteri kabinet berdebat dikhalayak ramai demi mempertahnkan ego masing-masing. Khairy turut mempertikai cara Nazri memberi amaran kepada TMJ di dalam kenyataan pembelaanya terhadap Perdana Menteri.
Namun demikian, Khairy tetap percaya segala salah faham dan perbezaan pendapat yang timbul di antara kedua belah pihak mampu diselesaikan secara tuntas sekiranya Nazri dan TMJ sanggup duduk semeja berbincang.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.