Terkini

Khamis, 18 Jun 2015

Asus, Lenovo Bersaing Dalam Menawarkan Telefon Pintar Bermemori Besar

Zenfone-2-KluangToday

Pengeluar rangkaian telefon pintar jenama ASUS baru-baru ini telah melancarkan produk terbarunya iaitu ZenFone 2 ZE551ML dengan kapasiti memori (RAM) sebesar 4GB di pasaran Malaysia.

Melihat perkembangan terbaru tersebut, pengeluar telefon pintar berjenama Lenovo juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan model terbarunya K80 di China dengan keupayaan RAM yang sama.

Persaingan yang berlaku di antara ASUS dan Lenovo ini pastinya akan mendorong pengeluar jenama telefon pintar yang lain turut serta memperkenal produk baru masing-masing agar telefon pintar yang dihasilkan terus kekal relevan dan memenuhi citarasa pengguna.

Sehubungan itu, keduan-dua telefon pintar baru ini boleh dibandingkan dari setiap aspek spesifikasinya. Mungkin juaranya adalah model yang mampu menawarkan kelebihan pada aspek tertentu, termasuk kapasiti bateri dan tawaran harga mampu beli.

Apa yang pasti, RAM sebesar 4GB telah menjadi penanda aras baru untuk telefon pintar tahap tinggi di pasaran sekarang, khususnya  yang menjalankan sistem operasi (OS) Android 5.0 Lollipop.

lenovo-k80-kluangtoday

RAM yang besar dalam ZenFone 2 dan K80 pastinya menyediakan lebih ruang kepada permainan (games) tahap tinggi untuk beroperasi. Selain itu, tugas-tugas dan aplikasi yang berintensifkan sumber boleh dijalankan dengan lancar. Selain memiliki RAM besar, kedua-dua model ini juga ada beberapa persamaan  lain termasuk dilengkapi  skrin 5.5 inci IPS (1920x1080 piksel), kamera belakang 13MP dan storan dalamnya boleh dibesarkan sehingga 64GB.

Biarpun memiliki kapasiti RAM yang sama, namun terdapat perbezaan di antara kedua-dua model telefon pintar ini. Antaranya, ZenFone 2 dilengkapi pemproses Intel Atom Z3580 2.3 GHz manakala K80 dilengkapi pemproses empat teras 1.8 GHz dengan rekabentuk lebih nipis (8.5mm) berbanding dengan ZenFone 2 (10.9mm). Begitu juga dengan kapasiti bateri di antara kedua jenis telefon ini di mana K80 (4000 mAh) dan ZenFone 2 (3000 mAh).
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.