Disediakan oleh
Unknown
11:30:00 PTG
-
0
Ulasan
Pada kebiasannya minda orang lelaki apabila berada sahaja di rumah moodnya secara automatik terus bertukar kepada 'gear' MMT iaitu makan, main dan tidur.
Gerak-geri bandanya secara tiba-tiba menjadi 'statik atau off' sebagaimana keadaan kereta yang yang sedang diisi minyak di petrol pam.
Namun, sebaliknya bagi minda orang perempuan sejerus sahaja melangkahkan kaki masuk ke rumah terus aktif dan ligat seperti lipas kudung melakukan tugasan seperti membasuh, mengemas, menyiapkan anak-anak serta menyediakan makanan.
Oleh itu, kepada isteri yang mahukan suaminya menjadi seorang yang ringan tangan dengan membantu membuat kerja di rumah, ikuti lah beberapa tips di bawah dan amalkan selalu.
SYUKUR

Sampai sahaja suami di depan pintu rumah, sambut lah dia dengan ungkapan kesyukuran seperti seorang pahlwaan yang gagah berani baru pulang dari medan pertempuran, "Alhamdulillah, my abam sado sudah balik".
MAKAN
Setelah penat seharian mencari rezeki di luar sudah tentu apabila pulang ke rumah perut terasa lapar. Jadi, sebelum suami buka mulut suruh hidangkan makanan, isteri perlu terlebih dahulu menyediakan makanan. Cukuplah sekadar untuk mengalas perut dan menghilangkan dahaga. Kemudian biarkan si dia bersendirian selama 10 minit agar makanan yang dimakan tadi hadam semuanya.
MAIN
Selepas makan, suami akan main. Namun, ia bergantung kepada minat atau hobi si suami. Ada suami yang suka baca majalah, menonton tv, membaca akhbar, menanam pokok bunga atau melayari internet, waktu inilah masa yang yang sesuai untuk mengajak suami bersembang sambil-sambil meminta pertolongan darinya untuk membantu membuat kerja rumah. Katakan padanya, kerja yang hendak dilakukan itu hanya dia seorang sahaja mamou melakukanya.
TIDUR
Sekirany suami anda melakukan kerja yang berat dan meletihkan di luar, kebiasaanya selepas makan dia akan terus tidur. Biarlah dia tidur untuk seketika bagi menghilangkan lelahnya setelah seharian bekerja. Sebelum suami tidur, pesan padanya agar membantu anda setelah bangun dari tidur. Tetapkan masa tidur agar suami tidak terlajak tidur sampai tak bangun-bangun.
Mudah-mudahan dengan beberapa tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu para isteri di luar sana mengtransformasi suami jenis malas dan kurang aktif kepada suami mithali yang rajin membantu di rumah tanpa perlu dipinta.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.