Terkini

Isnin, 15 Jun 2015

Nazri Aziz Disaran Minta Maaf Pada TMJ Dan Rakyat Johor

nazri-aziz-tmj

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof menggesa Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz  supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan seluruh rakyat Johor di atas kenyataan provokasinya baru-baru ini.

Abdullah Md Yusof berkata kenyataan berbentuk provokasi seperti itu tidak seharusnya diluahkan oleh seorang pemimpin politik yang bertaraf menteri sekaligus akan mengundang reaksi kurang senang di kalangan rakyat Johor sendiri.

Jelasnya lagi, sebagai warganegara dan orang muda, TMJ berhak memberi pandangan terhadap isu-isu tertentu yang bermain difikiranya sekalipun pendanganya itu tidak disukai. Pasti ada saluran lain yang lebih sesuai boleh digunakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas itu sekiranya tidak puas hati dengan pandangan yang dilontar oleh TMJ berhubung isu 1MDB.

Memetik laporan akhbar tempatan, satu memorandum akan dihantar kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Ismail, pada hari Rabu (esok) di Istana Bukit Serene.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah gesaan terhadap mana-mana pemimpin di negara ini agar tidak membuat kenyataan-kenyataan yang kasar serta berunsur provokasi kepada institusi diRaja dan kerabat kerana ia hanya akan merugikan orang Melayu sekaligus membawa nama Islam.

Badan NGO dari Johor itu turut berharap agar keadaan akan kembali tenang dan tiada lagi kenyataan balas lain yang dikeluarkan Nazri selepas ini.

Nazri  yang mengkritik status di laman Facebook Johor Southern Tigers oleh Tunku Ismail susulan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir ke sesi dialog #Nothing2Hide agar menjauhkan diri daripada politik jika  tidak mahu "dihentam".
« PREV
NEXT »

3 ulasan

  1. Menteri samseng, bongkak dan angkuh ni nak pergi minta maaf, jangan mimpilah. Tapi kalau betul dia kena akta hasutan dan boleh hilang jawatan, baru dia nak melutut pun sanggup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul, betul, org bongkak angkuh mana ada rasa bersalah, mananye nak mintak maaf.

      Padam
  2. tegur menegur apa salahnya...

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.