Disediakan oleh
Unknown
10:17:00 PTG
-
0
Ulasan
ULU PENGGELI: Kesempatan cuti hunjung minggu sebelum umat Islam mula berpuasa beberapa hari lagi telah digunakan sepenuhnya oleh penduduk tempatan dan juga kawasan kejiranan berhampiran dengan mengunjungi Karnival Motocross yang dianjurkan oleh tuan rumah iaitu En. Hashim Badri.
Selain aksi perlumbaan motocross yang turut disertai oleh penunggang handalan dari luar, karnival yang bermula pada hari Sabtu itu turut menyajikan program dan aktiviti menarik buat penduduk setempat yang hadir.
Menurut penduduk setempat, penganjuran Karnival Motocross ini bukan kali pertama diadakan di Felda Ulu Penggeli, Kluang. Penglibatan ramai anak tempatan menyertai perlumbaan motocross itu sambil mempamerkan aksi memukau menjadi bukti bahawa sukan pemotoran tersebut sangat sebati dengan jiwa mereka.

Antara kategori yang dipertandingkan dalam penganjuran kali ini ialah MX Novice, MX Novice untuk umur 30 tahun ke atas, Endurance Open, Endurance Veteran, MX Cubcross Open dan MX CKD.
Karnival Motocross yang berlangsung selama dua hari itu diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian mengikut kategori masing-masing.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.