Disediakan oleh
Unknown
1:57:00 PTG
-
0
Ulasan
Bengang ekoran kritikan secara berlebihan segelintir 'Ustaz Facebook' terhadap pakainya semasa di temasya Sukan SEA 2015 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini, menyebabkan Farah Ann Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan balas melalui laman Twitter miliknya dengan menyindir mereka umpama tin kosong.
Atlet gimnastik negara berusia 21 tahun itu dikecam hebat Netizen selepas laman sosial Facebook, Buletin TV3 memuat naik gambarnya pada Rabu lalu dan isu berkenaan masih lagi menjadi bualan umum hingga ke hari ini.
Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam satu kenyataan kepada media berkata, mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.
Memetik laporan Astro Awani, Mufti Perak itu turut menegaskan bahawa isu ini seharusnya sudah jelas sejak berzaman lagi dan menasihatkan badan-badan sukan serta para atlet berkaitan supaya tidak terikut-ikut dengan konsep serta pemakaian yang dipelopori oleh negara barat.

Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka ”- Dr Harussani
Dalam pada itu, ketika ditanya reaksi pengguna media sosial yang mempertikaikan pemakaian Farah, ini kata Dr Harussani;
"Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang."
Sementara itu, aktivis Datin Marina Mahathir turut mengkritik golongan 'Ustaz Facebook' yang membawa isu mengenai penampilan gimnastik dengan bertanyakan soalan, apa yang telah mereka lakukan untuk Malaysia.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.