Disediakan oleh
Unknown
10:22:00 PG
-
0
Ulasan
KLUANG: Kedudukan jalan Persiaran Sri Impian 4 yang agak terlindung daripada pandangan orang ramai menyebabkan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuang sampah di tepi jalan berkenaan.
Malah timbul tanda tanya di kalangan penduduk Taman Sri Impian siapakah pelaku yang membuang sampah tersebut memandangkan penduduk kawasan itu telah dibekalkan tong sampah di hadapan rumah masing- masing.
Seorang pengadu yang mahu dikenali sebagai Salleh Ahmad, 48 berkata, dipercayai individu yang kurang kesedaran sivik itu membuang sampah pada waktu malam dan awal pagi.
Katanya, tindakan tersebut jika tidak diatasi akan menyebabkan punca pelbagai penyakit berjangkit bawaan haiwan selain bimbang denggi akan berleluasa di kawasan berhampiran.
“Jika dikatakan ianya angkara penduduk di sini, mungkin agak sukar diterima kerana setiap rumah telahpun dilengkapkan dengan kemudahan tong sampah serta jadual pungutan sampah yang teratur oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.
“Namun untuk menyalahkan pihak pekerja kontraktor yang membangunkan kawasan taman perumahan ini juga agak kurang tepat memandangkan kedudukan penginapan mereka yang agak jauh dari jalan ini,” katanya.
Sementara itu, seorang surirumah, Aliza, 42, yang tinggal disalah sebuah rumah berhampiran jalan tersebut berkata, dia pernah ternampak individu menggunakan kereta membuang sampah di jalan tersebut.
“Daripada apa yang diperhatikan, sampah tersebut bukan sahaja sisa makanan harian namun ada di antaranya merupakan bahan yang tidak mudah reput seperti plastik dan bahan binaan.
"Kami di sini berharap ada pihak yang tampil membantu di samping mengambil tindakan segera untuk membersihkan sampah di jalan tersebut sebelum ianya menjadi port pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.