Terkini

Ahad, 14 Jun 2015

Kontroversi 'Camel Toe' Atlet Gimnas Negara Bikin Warga Netizen Tak Keruan

farah-ann-camel-toe

Kontroversi mengenai pakaian sendat (leotard) yang disarung oleh atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sehingga menampakkan bentuk 'camel toe' miliknya yang dimuat naik dalam Facebook, Buletin TV3 telah membuatkan warga Netizen menjadi tidak keruan keranaya.

Sejak gambar aksi remaja berusia 21 tahun itu dimuat naik di laman sosial dan menjadi viral, ia telah mengundang reakasi atau komen negatif terhadap Farah dengan mengatakan bahawa pakaian yang dipakainya itu terlalu terdedah dan bertentengan dengan norma agama Islam.

Golongan netizen yang menggelarkan diri mereka sebagai 'keyboard warrior' mencadangkan agar acara sukan gimnastik, renang dan juga sukan bina badan diharamkan dari disertai oleh atlet beragama Islam. Mereka juga turut memohon Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) agar mengeluarkan fatwa atau garis paduan etika pemakaian bagi atlet sukan yang beragama Islam.

Biarpun Farah dikecam hebat oleh pengguna laman sosial, namun ada di antara mereka yang mempertahankan pemenang pingat emas itu dengan memberi kata-kata semnagat kepadanya.

Mengulas lanjut berhubung isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam reaksinya menyeru supaya pihak yang mengecam dan marah terhadap atlet gimnas negara itu supaya berfikiran terbuka dan tidak mudah menghakimi sesuatu perkara yang bukan haknya.

Farah memenangi pingat emas dalam acara senaman lantai pada temasya Sukan SEA di Singapura, Rabu lalu.

Beliau turut membantu negara memperolehi pingat emas dalam acara berpasukan, satu pingat perak dan dua gangsa dalam acara awal.
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. Bende dah sah haram tak perlu fatwa JAKIM. Bahkan bnyk lg bende bende haram yg org kita buat, termasuklah kita sendiri. Sendiri buat, sendiri tanggung, esok sendiri jawab. Yg menegur dan menasihat tu Alhamdulillah dah lepas tggjwb, yg suka suka ngutuk, menghina, mencela org tu ingat ingat sikit, Tuhan kata yg dicela lbh baik dr yg mencela (49:11&12). Mudah mudahan kita semua sempat taubat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menegur tu elok tapi biar kena cara dan gayanya baru berkesan..

      Padam
    2. Biarlah teguran tu "straight to the point", tanpa bekilas dab berkias. Senang semua faham. Lepas tu sesipa yang terlibat, tepuk dada tanya selera. Masing masing ada buku akaun/catitan. Yang menegur sudah menjalankan tugasnya.

      Yang lain terlalu pandai dan hendak berfikiran terbuka.....well....your choice, our choice, their choice.

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.