Disediakan oleh
Kluang Today
5:00:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengakhiri siri perlawanan
persahabatan dengan tiga kelab di Jepun tanpa sebarang kemenangan
mahupun melakukan jaringan.
Pada perlawanan terakhir hari ini, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.
Pada perlawanan terakhir hari ini, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.
Dalam kunjungan seminggu ke negara itu, skuad negara kalah 2-0 kepada
kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0
oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare, dua hari kemudian.
Perlawanan persahabatan di Jepun adalah sebagai persiapan menentang Bahrain pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, Oktober ini.
Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan pada tahun ini, Harimau Malaya hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan tewas sembilan perlawanan. - BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.