Terkini

Khamis, 1 Ogos 2013

Cadangan Kembalikan Semula ISA Disambut Baik

sokong-isa
PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan.

Mengenai MoU itu, Mohd Shafie berkata kementerian telah melantik Syamille sebagai pembekal bagi projek ternakan lebah kelulut.

"Projek ternakan lebah kelulut ini dijangka memberikan hasil pendapatan tambahan kepada penduduk kampung dan mampu mencecah pendapatan melebihi RM10,000 sebulan ekoran permintaan tinggi bekalan madu lebah kelulut di pasaran tempatan dan luar negara," katanya.

Menurutnya, matlamat projek itu adalah untuk mempromosi dan menggerakkan transformasi pemikiran masyarakat di seluruh negara agar mengamalkan pengambilan madu sebagai amalan hidup seharian untuk kekal sihat dan cergas. BERNAMA
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Sdr KLUANG Today ,izin,minta masuk

    Mengapa pada masa Lahat Datu sedang berlaku dan sebaik saja sesudah istihar Lahad datu dan ESSCOm dan semua aman, heboh cakap kejayaan ini, kerana kehebatan BLUE OCEAN STRATEJI.

    Rondaan anggota lima pasukan berpakaian seragam:
    PDRM
    ATM
    RELA
    Pertahanan Awam
    Polis Tentera
    Pasukan Motor sikal mahal

    Maka ,bila EO dan ISA tak ade , mana pergi Idris Jala punya BLUE OCEAN StrateJI ?
    Yang ada berlambak adalah bekas tahanan EO, peluru hidup dan kelongsong 9mm,0.38,pistol sini pistol sana,akhbar cinions habis laku tunjuk gambar mayat berdarah dan mayat bergelimpangan,jualan cermin kalis peluru kedai cinions puN melambong.
    Cukup lah dengan teori KPI KRA BOS!!!

    Tumbang Najib Bodoh Bangang.
    1M liberal kepala Bapak kucing bapak sekolah cina inklusive engage bapak sekolah vernakular amal new politiks sahabat cameron obama tony ffffff jason jonathan.
    perosak dasar pendidikkan
    suka cinions Omar Mustafa.
    suka makan kacang merah.
    geli nak mengaku melayu.
    presiden parti 3.4 juta ahli telor cair.
    sepupu hisham,buang EO ISA.
    suami flom (international expert on child development}.
    liberal human human rights-sokong bersih 1,2,3, 505.
    ANGLOPHILE : a.penghulu kampung battersea.
    b.peminat putra george-cucu prince charles
    c.mengharap dapat anugerah SIR....
    Sir Ah Jib Gorrr.
    ta tau buat ucapan, pakai skRipt orang tolong tuLis, merapu di persidangan Islamik Finance.
    Brand manager: 1M Islamik Finance
    Hebat nak ajar dunia Islamik Finance cara 1M.Saudi punya bank dah keluar dari syarikat kewangan usahasama di Malaysia.

    TNajib B.
    TNajib B.
    TNajib B.
    Pengagih jawatan pangkat kedudukan.

    YES to PDRM
    YES to PDRM
    YES TO PDRM.
    No To Idris jala
    No to Idris jala.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.