Disediakan oleh
Kluang Today
5:00:00 PG
-
0
Ulasan
Ramadan memang banyak menduga ibu bapa yang mahu melatih anak berpuasa.
Lebih-lebih lagi, yang baru pertama kali belajar berpuasa.
Sebagai ibu bapa, janganlah cepat berputus asa dan berikanlah
galakan berterusan kepada anak. Pujuk anak dan ceritakan keuntungan
orang yang berpuasa.
Bagaimanapun, jangan sampai memaksa anak dan sehingga keletihan yang
amat sangat serta tidak larat lagi untuk meneruskan puasanya. Jika
mereka tidak mahu dan berterusan menangis hendak makan, izinkan mereka
berbuka.
Tetapi ada beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan supaya anak dapat terus bertahan dan melengkapkan puasa seharinya:
Jangan makan terlalu banyak
- Elakkan anak makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Ketika bersahur
- Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan piramid pemakanan.
- Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi
mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik
ke tandas.
- Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.
Waktu berbuka puasa
- Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
- Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.