Disediakan oleh
Kluang Today
7:00:00 PG
-
0
Ulasan
Teknologi telefon pintar hari ini cukup pantas berubah. Persaingan
sengit menyebabkan syarikat pengeluar telefon pintar sentiasa
menghasilkan produk lebih canggih, sama memberi nilai tambah, perubahan
secara kosmetik atau memang benar-benar ciptaan terbaharu.
Pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkemuka, LG baru-baru ini mempamerkan produk terbaru yang bakal menjadi panel skrin ternipis di dunia dengan fungsi Full HD untuk telefon pintar.
Pengeluar barangan elektrik dan elektronik terkemuka, LG baru-baru ini mempamerkan produk terbaru yang bakal menjadi panel skrin ternipis di dunia dengan fungsi Full HD untuk telefon pintar.
Panel skrin LCD ini tidak hanya menjadikan ukuran yang nipis malah
mudah dipegang selain kualiti skrin yang lebih baik. Panel ini memiliki
ketebalan tidak kurang daripada 2.2 milimeter.
Ketika ini LG Display menggunakan panel skrin dengan ukuran 5.2 inci. Panel skrin ini juga dikatakan mampu meningkatkan kualiti kecerahan skrin berbanding panel skrin lain di pasaran.
Namun teknologi ini masih lagi dalam kajian untuk meningkatkan mutu tapi sumber menyatakan jika panel skrin ini berjaya disiapkan LG juga bakal mengeluarkan telefon pintar ternipis di dunia.
Berita Harian
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.