Terkini

Selasa, 23 Oktober 2012

Kerajaan Pertahan Filem 'Tanda Putera'


KUALA LUMPUR: Filem Tanda Putera yang memaparkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 perlu dipaparkan sebagai teladan kepada generasi muda mengenai pentingnya menjaga keharmonian negara.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz bagaimanapun berkata, filem sejarah seumpama itu perlu dipaparkan dengan cara yang efektif dan realistik.

"Pihak kementerian berpendapat dengan kematangan pemikiran generasi muda masa kini, filem sejarah harus dipaparkan dengan cara paling efektif dan realistik walaupun ada menyentuh mengenai isu 13 Mei.

"Paparan sejarah ini begitu penting kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan teladan betapa pentingnya keharmonian negara," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang bertanyakan mengapa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membiayai filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures yang didakwa membangkitkan isu perkauman 13 Mei 1969?

Sementara itu Maglin berkata, dakwaan bahawa filem Tanda Putera mengandungi unsur perkauman adalah bersifat andaian yang dicetuskan terlalu awal sebelum ditayangkan.

Pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail.

Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin).

Filem tersebut diterbitkan hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Finas serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Ia menelan kos RM4.8 juta termasuk promosi.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September lalu bagaimana terpaksa ditunda tayangannya pada 15 November depan.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. Vespa apa ni dia pakai! Vespa 150 aka Jobot sepatutnya handlebar dia curving, bukan mcm ni. Lagi logo baru pula dia pakai, dengan horncast pun xpadan dengan 150, ni mmg "botched Vespa".

    Lagi satu! Motorsikal Norton 500 kawan datuk aku BA 62xx, gambar ditangkap tahun 1951. Vespa ni lak berdaftar BA 2603, you gotta be kidding me man!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba hayati jalan cerita dan mesej yang cuba disampaikan dalam filem tersebut kan senang.

      Tak payah pening-pening kepala fikir pasal motor vespa jenis apa yang diaorang pakai dalam filem tu. Betul tak.

      Kalau nak komplen pasal mutu filem Malaysia ni, semua orang cakap tak bagus tapi itulah yang terbaik dapat dilakukan

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.