Disediakan oleh
Kluang Today
10:31:00 PTG
-
0
Ulasan
Antara punca keruntuhan akhlak dan moral khususnya remaja hari ini disebabkan pengaruh filem Barat. Filem ini jelas menyajikan unsur serta adegan bertentangan nilai keIslaman dan ketimuran yang merosakkan budaya kita.
Apa yang dapat dikatakan, filem Barat boleh menjadi ancaman kepada pegangan agama jika ia tidak dikawal dan disekat. Masyarakat bagaikan terperangkap dengan teori Barat yang mengatakan kalau hendak maju, gaya dan budaya hidup Barat mesti diikuti.
Semakin gawat
Jelas di sini gejala sosial dan penyakit keruntuhan akhlak
semakin gawat dan meningkat hari demi hari berikutan kebanjiran filem
tidak terkawal ini. Tambahan pula, pada masa kini wujud pula satu
saluran maklumat tanpa sempadan yang canggih iaitu internet.
Melalui saluran maklumat ini, golongan remaja dengan mudah memuat turun filem yang jelas bertentangan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia.
Dalam pada itu, penyeludupan video dari luar negara semakin berleluasa. Masyarakat boleh mendapatkannya dengan mudah kerana video itu dijual dengan bebas di pasar malam dan pasaran gelap.
Di pawagam pula, filem berunsur ganas dan seks separa yang tidak sesuai ditonton remaja ditayangkan. Label 18SX, 18SG dan 18PL bagaikan sekadar hiasan dan jarang sekali diadakan pemantauan.
Jika masyarakat disajikan filem berunsur lucah dan ganas secara berterusan, maka sudah pasti akan lahirlah generasi yang nilai akhlaknya mencecah ke paras sifar, malah sentiasa mengikut ideologi dan pandangan Barat.
Kurang promosi tingkah laku baik
Bagi mengimbangi lambakan filem Barat ini, ada pihak berusaha menerbitkan filem berunsur dakwah. Walau bagaimanapun, media dakwah yang ada pada hari ini, terutama filem masih kurang mempromosikan tingkah laku baik dan anti sosial seperti menyebarkan nilai positif yang berupaya mempengaruhi tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih baik.
Kekurangan ini menyebabkan umat Islam masih tidak mengoptimumkan penggunaan filem sebagai alat untuk berdakwah dan kedua, kebanyakan filem tempatan yang ada dilihat sering memaparkan peranan golongan ustaz dan pendakwah tidak kena pada tempatnya.
Penghalau jin
Mereka diletakkan sebagai penghalau hantu dan jin; pembaca doa, mengimamkan solat, menangkap orang khalwat dan sebagainya. Penerbit dan pengeluar filem sepatutnya lebih banyak menerapkan nilai dakwah dan penerapan unsur hiburan terkawal.
Filem negara jiran, Kiamat Sudah Dekat yang mengisahkan pertembungan budaya dua golongan, barat dan timur adalah contoh filem dakwah yang mampu memberi kesan positif kepada penonton.
Umat Islam perlu lebih bijak dan kreatif menggunakan pelbagai saluran media secara profesional sebagai alat untuk menyebarkan dakwah Islam. Mereka tidak sepatutnya membiarkan pihak Barat mendominasi saluran media ini, terutama industri perfileman.
Filem boleh dikembangkan mengikut cita rasa sesuai selagi berada di landasan benar. Paling penting, kesedaran ummah bahawa Islam tidak menyekat umatnya menggunakan apa juga media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah.

Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.