Disediakan oleh
Kluang Today
3:50:00 PTG
-
0
Ulasan
PETALING JAYA : Atlet negara yang merangkul pingat emas temasya Sukan Olimpik bakal menerima sebuah kereta Proton Perdana 2.0 baru sebagai ganjaran.
Manakala, atlet yang membawa pulang pingat perak akan menerima Suprima S dan Proton Iriz akan diberikan kepada pemenang pingat gangsa.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar, dalam satu kenyataan berkata, ganjaran ini diberi sebagai tanda menghargai sumbangan mereka dalam usaha mengharumkan nama negara.
Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet negara yang masih berjuang di sukan Olimpik Rio.
Malaysia telah memenangi pingat dalam tiga acara setakat ini.
Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Chiong Jun Hoong memenangi pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita, pelumba basikal Azizulhasni Awang meraih gangsa dalam acara keirin, manakala badminton menerusi beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang meraih perak.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.