Terkini

Khamis, 7 April 2016

Politik Adu Domba, Hasutan Tidak Diterima Di Johor

khaled-mb-johor

KUALA LUMPUR : Dakwaan wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tersebar di media sosial, semalam disifatkan sebagai pandangan peribadi atau senghaja direka oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan politik di Johor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kebanyakan bacaan politik yang dilontarkan di media sosial dibuat atas kapasiti peribadi atau individu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Anak Speaker Dun Johor itu iaitu Syukur Mohamad mendakwa, gerakan itu dilakukan oleh seorang timbalan menteri yang bakal menggantikan Mohamed Khaled bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memantau dan mengawal Umno Johor.

Syukur juga mendakwa, di sebalik gerakan itu, sejumlah wang bernilai RM1 juta ditawarkan untuk meyakinkan Umno Bahagian Pagoh untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketuanya.

Dalam kenyataan berasingan, wakil Pemuda Umno Johor, Sahrihan menyelar pihak yang sedang cuba untuk meruntuhkan perpaduan Umno Johor dengan menyatakan ada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menegaskan bahawa pemuda Umno Johor teguh berdiri di belakang kepimpinan Khaled dan menyeru ahli-ahlinya supaya tidak melayan isu seperti ini yang dianggap tidak relevan.

Tambah beliau, jika benar terdapat dakwaan bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ia tidak akan diterima rakyat Johor secara keseluruhannya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.