Disediakan oleh
Unknown
2:21:00 PTG
-
0
Ulasan
GORGETOWN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi tampil menafikan bahawa tanah Taman Manggis telah dijual kepada pihak ketiga seperti yang didakwa Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam sidang medianya baru-baru ini.
Lim yang juga dikaitkan dengan skandal pembelian banglo mewah turut menafikan dakwaan bahawa saham milik syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) turut dijual kepada pihak ketiga.
Menurut anggota parlimen Bagan itu, tuduhan Abdul Rahman tidak berasas kerana hasil daripada semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat KLIDC masih dimiliki oleh pemegang saham yang sama dan tidak seperti yang didakwa menteri berkenaan.
Lim turut mengedarkan beberapa dokumen kepada pihak media bagi membuktikan pemilik saham syarikat KLIDC tidak berubah.
Selain itu, setiausaha agung DAP itu juga berkata, pihak kerajaan negeri juga sebelum ini tidak tahu tentang sebarang urusan penyerahan tanah tersebut kepada syarikat lain.
Beliau turut menyifatkan pendedahan yang dibuat MP Kota Belud itu sebagai serangan peribadi yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai ketua menteri paling telus dalam mentadbir kerajaan negeri.
Pada Selasa, Abdul Rahman mendedahkan beberapa dokumen bagi menyangkal kenyataan Lim bahawa Taman Manggis tidak dijual kepada pihak ketiga.
Antara yang didedahkan ialah dokumen perjanjian untuk menjual semua saham syarikat yang memiliki tanah tersebut kepada syarikat lain yang terletak di Aman Suria, Petaling Jaya.
Abdul Rahman mendakwa, penjualan saham KLIDC itu mempunyai kesan sama seperti menjual tanah Taman Manggis itu juga.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.