Terkini

Rabu, 20 April 2016

Perlaksanaan DLP Hanya Untuk Sekolah Terpilih di Johor

jais-sarday-media-dlp

ISKANDAR PUTERI : Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Johor, Md Jais Sarday berkata, hanya 5 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah di Johor terlibat dalam program Dual Language Programme (DLP).

Menurut beliau, DLP adalah program yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malayu bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Dalam pada masa yang sama beliau berkata, program DLP ini bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran dwibahasa, seiring dengan Aspirasi Murid yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Jelas beliau lagi, Pelaksanaan program DLP ini tidak sama dengan dasar PPSMI kerana DLP merupakan satu program pilihan, manakala PPSMI pula merupakan satu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.

Md Jais yang juga Adun Mahkota berkata, kerajaan negeri berpendapat, dengan peningkatan kemahiran dwibahasa melalui DLP, murid akan memiliki kemahiran dan keyakinan yang lebih tinggi untuk mengakses dan meneroka pelbagai bidang ilmu dan seterusnya memiliki daya saing yang tinggi di peringkat global.

Tambah beliau, murid yang memiliki kemahiran dwibahasa akan memiliki kelebihan kebolehpasaran dalam alam pekerjaan.

Beliau turut menjelaskan, selagi perlaksanaan DLP ini tidak mengganggu gugat kedudukan Bahasa Malayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan akta, kerajaan negeri tiada sebarang halangan untuk melaksanakan program ini.

Kementerian Pendidikan baru-baru ini telah memperkenalkan 2 program yang menyokong kepada usaha untuk memperkukuh Bahasa Inggeris iaitu Dual Language Programme dan Program Imersif Tinggi yang disebut sebagai HIP.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.