Disediakan oleh
Kluang Today
9:07:00 PG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan kepada agensi berita asing berkata, Umno akan tumbang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerajui kepimpinan parti.
Menerusi satu wawancara, Muhyiddin menegaskan bahawa sejak 2014 lagi beliau telah berulangkali memberi amaran kepada Perdana Menteri tentang kebimbangannya berhubung isu 1MDB dan kemasukan wang AS$681 juta ke dalam akaun bank bekas bosnya itu.
“Saya mungkin dilihat sebagai penentang... tetapi saya beri amaran dan peringatan kepada kepimpinan Umno, jika kamu tidak singkirkan dia, dia akan jadi liabiliti dan kamu akan kalah dalam pilihan raya depan.
“Keadaan makin buruk dan kamu harus tukar orang ini,” beliau dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun Najib menafikan sebarang salah laku atau menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pula berkata wang itu adalah sumbangan daripada Arab Saudi.
Pada Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma.
Dalam pada masa yang sama juga, Bank Negara turut maklum mengenai kamasukkan wang tersebut sejak 2013.
Jurucakap perdana menteri dalam kenyataan kepada Reuters berkata Muhyiddin disingkirkan kerana “cuba menghasut anggota parti menyingkirkan perdana menteri berdasarkan dakwaan yang terbukti salah”.
Menurut suruhanjaya itu lagi, wang derma tersebut tiada kaitan dengan dana syarikat pelaburan milik negara 1MDB seperti yang didakwa pihak tertentu
“Ahli politik yang berani melakukan sesuatu harus berani menerima akibatnya,” Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dilaporkan sebagai berkata.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.