Disediakan oleh
Unknown
9:31:00 PTG
-
0
Ulasan
KUALA LUMPUR : Spekulasi siapa bakal mengisi kekosongan jawatan Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selepas pemecatan Dr Mahathir Mohamad dari jawatanya setelah tidak lagi bersama kerajaan akhirnya terjawab hari ini.
Bernama melaporkan, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petronas yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.
"Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan 'Deklarasi Rakyat' bersama pemimpin pembangkang," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.