Terkini

Khamis, 24 Mac 2016

Ku Li Buat Pilihan Bijak Sertai Kem Najib

kuli-deklarasi-kelantan

SHAH ALAM : Keputusan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dengan menandatangani Deklarasi Kelantan hari ini umpama memberi penampar ke muka penyokong Pakatan Harapan dan Dr Mahathir.

Penganalisis politik berpendapat, tindakan ahli Parlimen Gua Musang menyatakan sokongan kepada Najib mungkin disebabkan beliau tidak mahu bersekongkol dengan Dap yang mana semua sedia maklmum bahawa Umno dan Dap adalah musuh politik tradisi sejak dahulu lagi.

Menerusi status laman sosial Facebook miliknya, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah secara prinsip dan dasarnya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Menurut Annuar, perisytiharan itu ditandatangani semasa mesyuarat antara Najib dan pemimpin BN Kelantan, yang turut menyampaikan senarai permintaan rakyat kepada perdana menteri.

Tegas beliau, kepimpinan Najib sekarang berada dalam liku-liku yang sangat mencabar disebabkan serangan bertali arus bekas perdana menteri, Dr Mahathir sambil dibantu Dap yang mahu Najib digulingkan dengan apa cara sekalipun.

Tambah beliau, situasi ini sudah pastinya sedikit sebanyak telah menggoyahkan kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. Ada tun kesah..ko yg meroyan lebih..kihkihkih

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.