Disediakan oleh
Kluang Today
11:16:00 PG
-
0
Ulasan
JOHOR BAHRU : Seiring dengan pertumbuhan pesat, progesif dan strategik secara sosial yang sedang berlaku di Johor Bahru sekarang ini, ia mampu menjadikan bandar raya itu sebagai bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang.
Sasaran serta hasrat tersebut disuarakan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam sesi temuramah baru-baru ini.
Baginda bertitah, Johor Bahru kini berada dalam musim peralihan dan kini bersedia untuk diperhebatkan kerana transformasinya yang pesat dan sebagai lokasi strategik bersebelahan dengan Singapura, yang tidak dinikmati negeri-negeri lain.
Dalam pada masa yang sama, Baginda turut menyatakan bahawa, rakyat Johor juga sudah bersedia untuk memanfaatkan momentum bagi menjadikan Johor Bahru sebagai badar kedua paling menjadi tumpuan di Malaysia.
"JB menyedari mengenai potensi ini dan kita percaya Kerajaan Persekutuan memahami mengenai keperluan untuk mengangkat JB ke peringkat lebih tinggi," titah Sultan Johor.
Tambah baginda, menerusi beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di bandar ini seperti Pusat Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Sistem Rapid Transit Johor Baru-Singapura (RTS Link) dan Dataran Mahkota mampu menlonjakkan status Johor Bahru sebagai bandar raya termaju dan moden di Malaysia.
Titah Baginda lagi, dalam kebanyakan negara maju, pasti wujud dua bandar yang saling bersaing, dengan merujuk Beijing dan Shanghai, Melbourne dan Sydney, Rio de Janeiro dan Sao Paulo, serta New York dan Los Angeles.
Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.