Terkini

Rabu, 23 Mac 2016

Mahathir Tuntut Ganti Rugi Hampir RM3 Bilion Dari Najib

Mahathir-Anina-Khairuddin

KUALA LUMPUR : Pantang menyerah sebelum ajal sememangnya tiada dalam kamus hidup mantan perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Selagi belum menutup mata dan hajatnya tidak tercapai, apa jua cara yang boleh digunapakai untuk menggulingkan Perdana Menteri tetap akan dicuba.

Berpegang teguh dengan perinsip itu, Dr Mahathir bersama dua lagi pengikut setianya hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi atas alasan salah guna kuasa.

Ketiga-tiga mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Mereka mendakwa Najib sebagai perdana menteri, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.