Terkini

Khamis, 7 Januari 2016

DAP Nafi Ada Hubungan Sulit Dengan Rejim Israel di Singapura

dap-israel

Individu paling berkuasa dalam DAP hari ini tampil membuat kenyataan menafikan tuduhan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang mendakwa parti milik anak-beranak Lim itu mempunyai hubungan 'sulit' dengan rejim Israel.

Lim Guan Eng yang sebelum ini dijunjung sebagai 'khalifah Umar Abd Aziz' oleh para penyokong Pas menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau atau wakil dari parti itu  tidak pernah berjumpa secara sulit dengan pemimpin Israel di Singapura.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan dakwaan Pas bahawa parti itu menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel sebagai satu fitnah jahat bagi menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan partinya.

Sehubungan dengan itu, Guan Eng meminta Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dan jika gagal, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Penghujung Disember tahun lalu, Mohd Zuhdi  dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal berita berkata seorang bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali mengakui beliau terlibat dalam pertemuan dengan wakil kedutaan Israel di Singapura bersama beberapa orang lagi pemimpin DAP termasuk Tony Pua.

Mohamed Razali turut mengesahkan bahawa sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap berulang-alik ke Singapura atas urusan tertentu yang tidak diketahui ramai.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.