Terkini

Sabtu, 9 Januari 2016

AMANAH Ingatkan DAP Jika Mahu Letak Calon Melayu di DUN Johor Jangan Guna Logo Parti

mat-sabu-amanah

Memikirkan orang Melayu di Johor masih lagi tidak boleh menerima kehadiran DAP di negeri itu, parti AMANAH yang baru ditubuhkan beberapa bulan lalu menyarankan agar DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menggunakan logonya.

Timbalan Ketua AMANAH Johor, Zulkefly Ahmad berkata, Umno telah meyakinkan orang Melayu di luar bandar Johor bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

Ketika berucap di sidang kemuncak kepimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini, beliau berkata, jika DAP mahu meletakkan calon Melayu bertanding kerusi DUN di Johor, ia perlu menggunakan logo PKR atau AMANAH.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak oleh pimpinan utama parti kerana pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian Pakatan Harapan yang menolak unsur politik perkauman.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas itu berkata Pakatan Harapan tidak mahu terperangkap dengan politik perkauman, bagaimanapun parti tidak menghalang mana-mana perwakilan untuk bercakap kerana itu hak mereka.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.