Terkini

Jumaat, 18 Disember 2015

Operasi Memburu Peniaga Vape Bermula Lebih Awal di Johor

rampas-vape-johor

Operasi memburu peniaga vape di sini sudah dilancarkan, bermula dengan mereka yang menjual cecair yang mengandungi nikotin menjelang penguatkuasaan larangan terhadap produk itu di negeri ini pada 1 Januari depan.

Sumber Mstar Online melaporkan pihak polis yang dibantu agensi negeri dan persekutuan, menyerbu tiga permis perniagaan, dua di Taman Century dan satu di Larkin dengan merampas produk bernilai RM380, 385.

Nikotin tersenarai dalam Akta Racun dan produk mengandung bahan terlarang itu hanya boleh dijual oleh ahli farmasi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata sebanyak 6,924 botol cecari vape dirampas dan dihantar untuk analisis.

Manakala, kira-kira 190 produk dan aksesori vape turut dirampas dalam operasi pada 15 Dismber lalu.

presiden-ngo-ikhlas

Dalam satu kenyataan lain berhubung serbuan ini, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan memfailkan injunksi bagi menghalang kerajaan Kelantan dan Johor yang mahu mengambil tindakan terhadap mereka.

"Kita akan bawa ke mahkamah dan tuntut ganti rugi kerana memberikan tempoh masa yang singkat kepada peniaga vape.

"Kita juga akan pastikan peniaga dapat berniaga seperti biasa," katanya dalam sidang media bersama pengusaha vape di ibu negara hari ini.

Dalam reaksi balasnya, Wan Ahmad turut mengkritik kenyataan Presiden NGO tersebut kerana jahil tentang undang-undang.

Beliau berkata kejahilan itu tidak memberi hak untuk menyimpan atau menjual produk yang mengandungi bahan terlarang seperti nikotin.

Johor merupakan negeri pertama yang mengenakan larangan terhadap penjualan dan penggunaan vape kerana bimbang mengenai kesihatan orang ramai.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.