Terkini

Khamis, 17 Disember 2015

Kedudukan 1MDB Terus Kukuh Melalui Kerjasama IPIC

1mdb-ipic

BERNAMA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata ia terus menikmati hubungan perniagaan kukuh dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ini jelas terbukti menerusi pelaksanaan perjanjian helaian terma yang menyaksikan IPIC mengambil alih bon prinsipal AS$3.5 bilion dan faedah yang dipegang 1MDB ketika ini serta pembayaran tunai sebanyak AS$1 bilion oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun 2015.

Malah, IPIC turut mengesahkan komitmennya untuk bekerjasama dengan 1MDB menerusi satu kenyataan umum yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2015 serta membuat bayaran faedah terhadap bon berkenaan pada Oktober dan November 2015.

Sementara itu, 1MDB berkata ia turut mencatat kemajuan ketara dalam pelan rasionalisasinya.

Ini termasuk kejayaan 1MDB melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan kini dalam proses memilih rakan kongsi pembangunan bagi projek Bandar Malaysia.
« PREV
NEXT »

2 ulasan

  1. apa citer maklumat terbaru wsj.rm850 juta,IPIC kata x terima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahabarnya tu cerita lama yang dikitar semula WSJ

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.