Terkini

Rabu, 23 Disember 2015

Kelengkapan Rumah Bekas Ahli Umno Dirampas Kerana Gagal Bayar Ganti Rugi

hamidah-osman-tunm

Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Itu lah nasib yang menimpa bekas  Ketua Penerangan Wanita Umno di Kampung Tersusun Jalan Gopeng  apabila Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan barangan dalam rumah beliau disita kerana gagal melunaskan bayaran ganti rugi dalam satu kes saman fitnah.

Perintah sita itu dikeluarkan setelah Datuk Hamidah Osman gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Adun Sungai Rapat itu.

Datuk Hamidah yang baru dipecat dari keahlian UMNO sebelum ini didakwa telah memfitnah Khalid Samad berhubung posting di blognya yang menggambarkan pemimpin PAS itu memakai jubah paderi Kristian.

Khalid telah menyaman bekas Adun dan Ketua Penerangan Wanita Umno itu pada 23 Disember 2011 berhubung posting di blog bertajuk Umat Islam Perlu Bersatu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April telah mengarahkan Hamidah membayar ganti rugi  berjumlah RM200,000 kepada Khalid.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.