Terkini

Isnin, 21 Disember 2015

Desakan Hidup Antara Punca Aishah Ingin Kembali Aktif Dalam Dunia Hiburan

aishah-demo-bersih

Gara-gara menyertai parti politik Pembangkang dan vokal mengutuk Kerajaan, penyanyi Aishah yang pernah popular dengan lagu berjudul Janji Manismu kini mengimpikan hasrat untuk muncul  semula di mana-mana pentas hiburan.

Bagaimanapun, hasrat penyanyi tersebut untuk menyanyi semula dilihat sukar direalisasikan kerana buat masa ini tiada pihak berani dan mahu menjemputnya ekoran penglibatan dia dalam kancah politik sebelum ini.

Menerusi satu temubual dengan wartawan hiburan tempatan, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 50, berharap persepsi terhadapnya segera dihapuskan selain meminta semua pihak tidak mencampur-adukkan kariernya sebagai penyanyi dan penglibatannya dalam politik.

"Secara jujurnya saya tidak pernah bersara tetapi dalam situasi tertentu saya dipinggirkan hanya kerana saya ada pendirian dalam politik.

"Saya tidak faham kenapa dua perkara itu perlu disatukan sedangkan saya sendiri tidak pernah mencampurkan hal berkenaan dan masih aktif sebagai penyanyi.

"Sudah tentu saya rindu untuk menyanyi di pentas kerana itu adalah cinta saya tetapi kerana label yang telah diletakkan kemunculan saya itu terhad dan berharap pendirian saya bukan penghalang untuk bergerak aktif dalam bidang seni," katanya.

Aishah ditemui ketika hadir pada majlis sambutan ulang tahun majalah hiburan URTV ke-45 tahun di Saloma Bistro di sini.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, dia kini lebih banyak mengadakan persembahan tertutup dan korporat selain sedang merancang untuk tampil dengan single terbaharu khas buat peminatnya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.