Terkini

Jumaat, 9 Oktober 2015

Penubuhan Institut Bait al-Amanah Jadi Pemangkin Pemodenan Umno di Johor

Khaled-Nordin-Umno-Johor

Seiring dengan perkembangan semasa serta perubahan senario politik negara hari ini, ia menuntut Umno supaya melakukan satu perubahan drastik jika parti keramat milik orang Melayu itu ingin terus kekal relevan sebagai satu wadah perjuangan dan pembela nasib rakyat.

Menyahut cabaran tersebut, Umno Johor secara rasminya hari ini menubuhkan sebuah institut pemikir dikenali sebagai Bait al-Amanah atau Rumah Amanah sebagai usaha pemodenan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Bait al-Amanah berperanan menjadi sumber rujukan UMNO Johor dalam meneroka dasar baharu, merekayasa dasar sedia ada dan menyusun agenda yang lebih strategik dalam perjuangan orang Melayu pasca moden.

Jelas beliau, sebagai sebuah parti keramat orang Melayu yang sudah lama berakar umbi dan banyak menabur jasa di negara ini, mana mungkin boleh mengabaikan kepentingan mempunyai badan pemikirnya tersendiri.

Berkata ketika merasmikan Seminar Merekayasa Perjuangan Dan Memahami Pemikiran Pendiri Bangsa, di sini, Menteri Besar Johor itu mengingatkan Umno agar bersedia dengan kekuatan dan keberanian untuk menghadapi cabaran mendatang di peringkat nasional dan global dengan mengemukakan idea, dasar serta penyelesaian yang konstruktif.

Dilaporkan turut hadir dalam seminar tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pengerusi Bait al-Amanah, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.