Terkini

Sabtu, 10 Oktober 2015

Anggota Tubuh Wanita Yang Mampu Membangkitkan Ghairah Lelaki

pasangan-bahagia

Sebagai seorang wanita menjaga imej atau penampilan diri adalah perkara paling utama dalam hidup mereka. Ia dilakukan bukan sahaja untuk kelihatan cantik setipa masa, dan menambah kenyakinan diri tetapi juga secara tersiratnya ialah untuk menarik perhatian sang lelaki samada suami atau pun kekasih hati.

Namun, sebagai seorang wanita juga, kita perlu tahu bahawa lelaki merupakan makhluk visual yang tak sekompleks mana dan sangat mudah tertarik dengan keindahan bentuk tubuh wanita biarpun pasangan kita ini tidak pernah menyatakan secara lisan bahawa si dia amat menyukai bagahagian tertentu pada tubuh anda.

Jika anda seorang wanita yang ingin membahagiakan suami mahupun kekasih hati dalam pelbagai cara dan ingin membuatnya menjadi seorang lelaki yang setia dan tidak akan bermain mata dengan wanita lain, mungkin anda perlu mengetahui anggota tubuh wanita manakah yang sering menjadi perhatian ataupun mampu membangkitkan rasa ghairah seoarang lelaki.

bentuk-mata-menawan

Mata Yang Menawan
Dari mana semut melata, dari bata turun ke titi, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati. Memang benar, mata memainkan peranan penting untuk membuatkan sang lelaki tertarik pada diri anda. Mata yang sihat bersinar dan bulu mata yang lentik secara semula jadi membuat lelaki mudah terpikat. Sekiranya  ingin menggunakan alat solekan di bahagian mata, seeloknya anda tidak berlebihan  ketika memakainya.

Bibir-Angelina-Jolie

Bibir Yang Sensual
Bibir yang merona dan berwarna merah serta berkilau secara semula jadi merupakan satu daya tarikan tersendiri kebanyakkan lelaki. Biarpun bibir kita tidak seseksi seperti bibir Angelina Jolie, dengan mengenakan lipstik nipis dan lipgloss kesanyangan anda ia mampu memperlihatkan kesan sensual bagi lelaki.

leher-jenjang-wanita

Leher Yang Jenjang
Kebiasaanya, leher lelaki berbentuk lebar dan pendek. Oleh kerana leher wanita yang jenjang secara automatiknya akan membuatkan lelaki mudah terpesonan dan merasa geram sepertu mahu digigit-gigit sahaja.

bentuk-dada-payudara-menawan

Payudara Padat Dan Berisi
Bahagian ini merupakan anggota tubuh wanita yang palingggggggggg digermari oleh sang lelaki. Sehinggakan ada yang berkata, biar rupa tak cantik asalkan payudaranya mantap dan gebu. Menurut satu kajian, ramai lelaki menyukai payudara tanpa memperdulikan bentuk strukturnya. Dengan itu, anda tidak perlu gusar sekiranya memiliki saiz payudara tidak seperti model atau artis-artis terkenal barat yang kebanyakkanya palsu.

Satu sebab lagi kenapa lelaki amat tertarik pada payudara wanita adalah kerana di sekitar puting terdapat bahagian bernama Aerola, yang mampu mengeluarkan 'bau khas' yang boleh membuatkan lelaki tergoda.

pinggang-ramping

Pinggang Yang Ramping Dan Pinggul Yang Menggoda
Dalam mencari pasangan kebiasaanya lelaki memilih wanita yang memiliki pinggang yang ramping. Ini kerana pinggang yang ramping boleh memberi gambaran jelas tentang keadaan susuk tubuh wanita pada pandangan mata seoarang lelaki.

Tujuan seorang lelaki mencari pasangan dalam hidupnya sudah pasti untuk melahirkan zuriatnya. Bagi wanita yang memiliki ukuran pinggang lebih kecil daripada ukuran pinggulnya, ia menunjukkan bahawa wanita itu mempunyai tahap kesuburan yang tinggi dan secara naluri ramai lelaki menyukai wanita seperti ini.

Namun, dunia belum berakhir sekiranya anda tidak memliki pinggang yang ramping atau bentuk pinggul yang ideal seperti di atas. Anda masih boleh mendapatkan bentuk pinggang dan pinggul seperti itu dengan melakukan sedikit senaman atau bertemu dengan pakar penjangaan badan.

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit bahagian anggota  tubuh badan wanita yang mampu membangkitkan ghairah lelaki. Langkah seterusnya ialah memastikan bahagian-bahagian tubuh ini sentiasa dibelai dan dijaga dengan rapi agar ia kekal gebu, menawan, dan mampu memukau mata sang lelaki.

Baca juga tentang Anggota Tubuh Lelaki Yang Mampu Membangkitkan Ghairah Wanita
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.