Terkini

Rabu, 5 Ogos 2015

Laporan Interim 1MDB Tidak Boleh Didedah Tanpa Persetujuan Parlimen

pandikar-amin-mulia-1mdb

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perbuatan itu akan mencabuli Perintah Tetap Parlimen

Pada Selasa, PAC mengumumkan hasratnya untuk mendedahkan laporan ringkas berhubung siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB bagi makluman orang ramai sebelum prosiding tersebut digantung kira-kira tiga bulan.

Menurut Pandikar, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan Perintah Tetap Parlimen 85 yang tidak membenarkan penerbitan bukti secara pramatang sebelum jawatankuasa tersebut menyerahkan laporannya kepada Dewan Rakyat.

Jelas beliau lagi, penerbitan laporan interim juga bertentangan dengan Akta Majlis Parlimen 1952 (Keistimewaan dan Kuasa) yang tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen atau jawatankuasa untuk memberikan bukti di luar Dewan tanpa mendapat kebenaran dari Dewan Rakyat.

Pada Jumaat lalu, Pandikar berkata walaupun ahli-ahli PAC sedia ada memenuhi korum namun jawatankuasa itu tidak boleh meneruskan prosiding sehingga pengerusi baharu dilantik.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.