Disediakan oleh
Unknown
8:00:00 PTG
-
0
Ulasan
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng semalam mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjelaskan apakah maksud 'derma' yang dinyatakan agensi tersebut dalam melakukan siasatan terhadap akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lim Lip Eng berkata, kenyataan SPRM yang menyebut wang RM2.6 bilion yang didebitkan ke akaun perdana menteri sebagai sumbangan penderma adalah mengelirukan.
Menurut ahli DAP itu lagi, derma atau sumbangan yang diterima oleh kakitangan awam seperti Perdana Menteri adalah satu keselahan jenayah yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.
Tegas beliau, DAP percaya bahawa derma dalam jumlah yang begitu besar terhadap mana-mana penjawat awam atau pemimpin kerajaan adalah berunsur rasuah apabila merujuk kepada Seksyen 3 akta berkaitan.
Pada Selasa, Lim telah membuat satu laporan di pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi mendesak SPRM membuka semula kertas siasatan terhadap akaun peribadi milik Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abd Razak, susulan nilai sumbangan yang diberi oleh pihak yang tidak mahu dikenali itu terlalu besar jumlahnya.

Tiada ulasan
Catat Ulasan
KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.