Sabtu, 25 Julai 2015

BNM Buru Dua Bekas Pengarah Eksekutif 1MDB

Bank-Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan sedang mencari dua bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Develop Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Menerusi laman Facebooknya, BNM telah memuat naik butiran peribadi terdiri daripada alamat, nombor kad pengenalan, serta dua gambar individu dikehendaki itu dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar dapat menghubungi BNM atau mana-mana balai polis berhampiran.

Keng Chee, yang beralamat di No. 112, Jalan 5/149G, Taman Seri Endah, Kuala Lumpur dipercayai merupakan salah seorang perintis kepada penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudianya ditukar kepada 1MDB.

Bank Negara
Beliau juga Pengaharah Eksekutif 1MDB Bahagian Pembangunan Perniagaan, sebelum kontrak selama tiga tahunya berakhir pada 2011. Beliua juga dipercaya antara individu yang berada dalam TIA pada awal penubuhanya bersama bekas Pengarah Urusan 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi.

Menurut sumber BNM lagi, Ai Swan yang menetap di alamat No. 25. Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, Kuala Lumpur pernah ditugaskan di Bahagian Strategi 1MDB sebelum mengambil alih jawatan Keng Chee pada 2011.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.