Ahad, 26 Julai 2015

Bayaran Peroleh Lesen Memandu Akan Dikaji Semula

lesen-memandu

Selepas mendapat banyak rungutan dari orang ramai yang mendakwa kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu masa kini tinggi dan membebankan, pihak Kementerian Pengangkutan telah mempertimbangkan untuk membuat kajian semula terhadap caj yang dikenakan untuk memperoleh lesen tersebut.

Menurut Ketua Setiausaha Kementetian Pengangkutan, Datuk Dr. Ismail Bakar, kajian semula yang bakal dilakukan berhubung perkara ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai golongan muda memiliki lesen memandu yang sah.

Jelasnya lagi, usaha ini harus dipertimbangkan ekoran laporan semasa menunjukkan sebilangan besar pengguna jalan raya yang disaman kerana tidak memiliki lesen memandu adalah golongan muda.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan yang direkodkan adalah berpunca daripada kos untuk mengambil lesen yang agak tinggi. Disebabkan hal ini, kerajaan mungkin akan mengkaji semula kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu.

Ketika ini, JPJ menetapkan kadar bayaran atau harga siling sebanyak RM350 bagi lesen B2 untuk motorsikal kepada institut memandu manakala RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.

Bagi golongan muda hari ini, bayaran tersebut dianggap begitu membebankan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap, justeru mereka bertidak mudah dengan memandu kenderaan tanpa lesen yang sah.

Mengulas lanjut, Ismail menjelaskan, kementerian juga masih mengkaji perlaksanaan MyLesen bagi memudahkan orang ramai terutama golongan muda mempunyai lesen memandu yang sah dengan harga yang minimum.

« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.