Terkini

Khamis, 10 Oktober 2013

Morsi Dibicara 4 November Ini

mohamed-morsi-bicara

Kaherah: Sebuah mahkamah Mesir semalam menetapkan 4 November ini sebagai tarikh permulaan perbicaraan ke atas presiden yang disingkirkan Mohamed Morsi atas tuduhan mendalangi pembunuhan penunjuk perasaan, lapor media tempatan.

Morsi akan dibicarakan bersama 14 defendan lain berhubung pembunuhan penunjuk perasaan di luar istananya pada Disember 2012, hampir tujuh bulan sebelum disingkirkan dalam rampasan tentera, lapor agensi berita MENA.
Perbicaraan Morsi, yang ditahan di lokasi rahsia sejak disingkirkan 3 Julai lalu, kemungkinan akan meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan penyokongnya yang bertempur dengan pasukan keselamatan Ahad lalu menyebabkan 57 terbunuh.

Dituduh menghasut

Pendakwa raya menuduh Morsi ‘menghasut penyokong melakukan pembunuhan terancang’ ketika pertempuran 5 Disember lalu di luar istana presiden.

“Beliau akan dibicarakan di sebuah mahkamah daerah di Kaherah,” lapor MENA.

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam keganasan antara penyokong setia puak Islam dan pembangkang yang meletus selepas beliau meluluskan satu dekri sementara yang memberinya kuasa penuh.

Ikhwanul Muslimin pimpinan Morsi mendakwa kebanyakan mangsa yang terkorban adalah anggotanya, satu dakwaan dipertikaikan pembangkangnya.

Wartawan turut maut

Seorang wartawan yang menentang Morsi turut terbunuh dalam keganasan itu.

Pertempuran tercetus apabila penyokong Muslimin cuba menyuraikan bantahan di luar istana oleh pembangkang sekular yang menentang Morsi.

Defendan bersama Morsi termasuk beberapa pembantunya dan pemimpin organisasi itu.

Susulan penyingkiran Morsi, pasukan keselamatan melancarkan gerakan besar-besaran memburu penyokong beliau, menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, manakala ramai pemimpin pergerakan itu ditahan dan dipenjarakan.

Ratusan penyokong puak Islam terbunuh pada 14 Ogos, apabila pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di dua lokasi di Kaherah.

Boleh cetus bantahan

Perbicaraan Morsi dijangka mencetuskan lebih banyak bantahan dikalangan penyokongnya yang mendesak bekas pemimpin itu dibebaskan.

Diplomat Barat termasuk ketua dasar luar Kesatuah Eropah Catherine Ashton mendesak pembebasan Morsi, sebagai usaha memulihkan keamanan di negara itu tetapi ditolak kerajaan sementara.

AFP
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.