Terkini

Sabtu, 28 September 2013

Undang-Undang Pencegahan Jenayah Perlu - KPN

Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar-kpn

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata undang-undang pencegahan jenayah diperlukan untuk membendung jenayah terancang atau ia (jenayah terancang) akan menjadikan negara seperti Mexico atau Columbia.

"Di Mexico dan Columbia, jenayah terancang seperti keldai dadah bermaharajalela kerana institusi penguatkuasaan yang lemah. Apabila lemah, keldai dadah atau mafia ini akan menguasai negara.

"Adakah kita ingin negara jadi seperti itu? Sudah semestinya tidak. Kita mahu undang-undang pencegahan yang ketat dalam usaha membantu kami untuk memerangi jenayah," kata Khalid pada forum pencegahan jenayah dan keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri, Sabtu.

Cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1953 (PCA) telah dibentangkan di Parlimen, Rabu lalu, di mana ia memberi kuasa untuk menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Khalid berkata PCA adalah penting walaupun Malaysia mempunyai sistem kehakiman 'yang baik' di mana penjenayah boleh dibicarakan dan membela diri.

Bagaimanapun, beliau berkata ia masih belum menjamin penjenayah akan dipenjarakan kerana kekurangan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan terhadap mereka.

"Dalam kes kongsi gelap dan jenayah terancang yang lain, tiada saksi akan tampil untuk memberi keterangan kerana takut nyawa mereka terancam," katanya.
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.